RSS

Tuesday, 30 March 2010

EQ dan IQ - yang mana penting ?



Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi matlamat semua sekolah-sekolah di Malaysia iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani jelas menunjukkan kepentingan aspek kecerdasan emosi selain aspek-aspek yang lain. Namun begitu situasi pendidikan hari ini nampaknya lebih menonjolkan aspek intelek dimana ianya seolah-olah berorientasikan peperiksaan. Semua guru, ibu bapa, pelajar dan masyarakat melihat kejayaan dalam peperiksaan merupakan kayu ukur untuk melihat kejayaan seseorang pelajar atau murid. Bagaimana dengan aspek rohani, emosi dan jasmani?
Menurut kajian Mayer, Caruso dan Salovey (1999) didapati dan dibuktikan bahawa kecemerlangan individu sebenarnya bergantung kepada kecerdasan emosinya. Orang yang memiliki kecerdasan intelek menjadi lebih cemerlang apabila beliau juga turut memiliki kecerdasan emosi kerana kecerdasan intelek sahaja tidak dapat menjamin kecemerlangan individu itu apabila berhadapan dengan situasi realiti.
Sebenarnya kebolehan mengenali dan keupayaan mengendalikan emosi adalah salah satu ciri kedewasaan dan kematangan peribadi dan seterusnya menunjukkan tahap kecerdasan emosi individu tersebut. Justeru itu jika seorang guru yang tidak mengenali dan tidak dapat mengendalikan emosinya sendiri, tidak dapat bertoleransi, tidak mahu berunding secara profesional dan logik, suka menuduh, suka menyalahkan, menjatuhkan, memalukan, malah sanggup mengkhianati orang lain termasuk dalam kalangan orang yang memiliki kecerdasan emosi (EQ) yang rendah.

Bersambung...

* Fakta di atas diolah daripada buku 'Kepimpinan & Penambahbaikkan Sekolah' tulisan Abdul Ghani.

Friday, 5 March 2010

Pengalaman Dipantau Oleh Pihak Jemaah Nazir....

Sekejap sahaja sudah sampai ke bulan Mac...orang kata kalau banyak kerja kita akan rasa masa begitu cepat berlalu... Oh ye kali ini saya ingin berkongsi mengenai pengalaman saya dipantau oleh Jemaah Nazir dari Putrajaya....
Kalau sebut aje Jemaah Nazir, kecut perut cikgu-cikgu tak tau lah kenapa, tapi itulah realitinya. Namun begitu setelah saya dipantau baru-baru ini, barulah saya dapat rasakan sebenar benarnya pengalaman itu. Tak semua orang berpeluang dipantau jadi seharusnya bersyukur kerana ianya salah satu cara yang paling baik untuk guru-guru mengenalpasti sejauh mana kualiti anda sebagai guru. Secara ringkasnya saya akan menyenaraikan bagaimana pegawai-pegawai dari Jemaah Nazir akan "melihat" orang yang dipantau.
  • Buku rekod - lengkap dan guru memahami setiap apa yang dibuat dan dicatat umpamanya bagaimana konsep refleksi yang betul dan maklumat mengenai headcount.
  • Buku-buku latihan pelajar - disemak dengan baik.
  • Projek-projek yang telah dilaksanakan oleh pelajar.
  • Semua sijil-sijil yang asal termasuk surat-surat berkaitan dengan penglibatan guru - seperti surat jemputan memberi ceramah, menghadiri seminar dll.
  • Bahan-bahan sokongan P&P - modul, ABM, program-program yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar, aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dalam Panitia dll.
  • Bukti-bukti sumbangan yang telah dibuat kepada sekolah dan peringkat daerah.
  • Fail Panitia, Fail Persatuan yang dipegang.
  • Kajian tindakan yang telah dibuat.
  • Memantau proses P&P (dalam kelas).

Apa yang disebut di atas adalah merupakan sebahagian misteri yang dipegang oleh pihak Jemaah Nazir. Saya dapat merasakan betapa pihak Nazir sedaya upaya melaksanakan tugas mereka agar mereka dapat berlaku adil agar keputusannya nanti benar-benar berpihak kepada yang layak. Dalam masa yang sama, pihak nazir juga dengan penuh hikhmah cuba memberikan teguran dan panduan agar guru dapat memahami tahap kualiti kerja dan sikap seperti yang dikehendaki.

Apa yang perlu diingatkan ialah segala apa aktiviti, program, perlaksanaan, surat dll perlulah didokumentasikan agar mudah bagi pihak nazir dan mudah juga bagi pihak guru apabila dipantau. Terima kasih En Zakaria dan En. Selvarajoo yang telah datang memantau saya tempohari. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan!

Saturday, 27 February 2010

Pengajaran Berkesan

Sebagai seorang guru sudah pasti matlamat utamanya ialah menghasilkan para pelajar yang berkualiti dari segi pencapaian akademik dan juga perkembangan sahsiah diri. Untuk mencapainya, guru perlu melaksanakan tugas utamanya iaitu mengajar dengan berkesan. Apa maksud mengajar dan apa pula maksud pengajaran berkesan? Di bawah ini disertakan antara definisi dan sedikit penerangan mengenai perkara tersebut berdasarkan buku Kepimpinan & Penambahbaikan Sekolah tulisan Abdul Ghani Abdullah.
Mengajar sebenarnya bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan, maklumat, memberi galakan, membimbing, meningkatkan kemahiran, dan keyakinan serta menanam nilai-nilai murni yang luhur kepada para pelajar.
Manakala pengajaran yang berkesan bermaksud pengajaran yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang ditetapkan. Pengukuran atau penilaian mengenai keberkesanan pengajaran tidak dapat dibuat berdasarkan apa yang dilakukan oleh guru di dalam kelas sahaja, tetapi perlu berdasarkan kemampuan pelajar melakukan sesuatu dan pendapat mereka selepas menerima pengajaran daripada guru.

Pada asasnya, pengajaran berkesan bergantung pada:

  • Kepakaran guru pada bahan pengajaran
  • Keperluan bahan pengajaran - bahan-bahan yang digunakan untuk membantu melicinkan proses P&P dan meningkatkan kefahaman pelajar pada apa yang diajar oleh guru.
  • Pedagogi, strategi dan kaedah pengajaran
  • Kemahiran komunikasi

Faktor-faktor lain yang menyumbang ke arah pengajaran berkesan:

  • Matlamat dan sasaran pengajaran guru setiap hari
  • Matlamat dan sasaran pencapaian akademik sekolah
  • Sikap guru dan sikap pentadbir sekolah
  • Kemahiran guru dan kemahiran pentadbir sekolah
  • Motivasi guru dan motivasi pentadbir sekolah
  • Misi dan visi guru serta misi dan visi pentadbir sekolah
  • Etika guru dan etika pentadbir sekolah
  • Keadaan dan suasana persekitaran sekolah
  • Kemahiran berkomunikasi guru dan pentadbir sekolah
  • Pemikiran guru dan pemikiran pentadbir sekolah.

Thursday, 18 February 2010

SeDAAP?

What SeDAAP? I only know 'sedap' nyum, nyum, nyum.....

SeDAAP is one of Learning Strategies. The SeDAAP strategy is designed to encourage students to take responsibility for their own learning and to develop self-reliance and self confidence within the parameters of the assignments of independent learners, facilities the forging of productive work relationships among group members and also serves to foster student discipline.
SeDAAP means Self-Directed, Self-Accessed, Self-Assessed and Self-Paced strategies.
Self-Directed Learning
In self-directed learning, students determine the topics they want to learn within a particular content area.
Self-Accessed Learning
In self-accessed learning, srudents search for and locate information about specific topics from a variety of sources not supplied by the teacher. These information sources may include reference books, magazines, CD-ROMs, the internet, resource centres and libraries.
Self-Assessed Learning
In self-assessed learning, students are engcouraged to evaluate their own progress within a particular topic. This evaluation can be based on value judgements, self-reflection or observation as well as on criteria lists or evaluation rubics provided by the teacher. If students decide that a particular topic or skill has been satisfactorily learned, they can move on to another topic.
Self-Paced Learning
In self-paced learning, students determine their own pace in acquiring the prescribed knowledge and skills in the various content areas within the syllabus. This strategy encourages step-by-step learning in which students monitor their own progress.

Penilaian Guru Cemerlang

Ada banyak gelaran atau jawatan dalam profesion perguruan misalnya Guru EMIS, Guru Penyelaras Bestari, Guru Media dan Guru Cemerlang. Setiap jawatan tersebut mempunyai tugas-tugas yang tertentu dan mereka (kecuali guru cemerlang) dihadkan waktu mengajar antara 7 - 12 waktu seminggu. Kali ini saya ingin membincangkan mengenai guru cemerlang. Baru-baru ini (Pertengahan Januari) jawatan guru cemerlang dibuka untuk permohonan dan guru-guru yang memenuhi kriteria digalakkan untuk memohon. Persoalannya apakah ciri-ciri seorang guru cemerlang? Di bawah ini akan disenaraikan ciri-ciri tersebut sebagai panduan.

Skop Penilaian :
1. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
2. Penilaian Borang Permohonan
3. Penilaian oleh Panel Pemantau

Kopentasi Yang Dinilai
1. Ketrampilan Profesional
Keupayaan mengurus, mengguna dan memanfaat pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengkhususan atau mata pelajaran kepakaran serta prinsip pedagogi (behaviouris, kognitif, sosial dan humanis) untuk meningkatkan kualiti pencapaian pelajar.
Berpengetahuan dalam pendekatan atau strategi pengajaran seperti induktif dan deduktif serta peka terhadap dasar dan isu pendidikan semasa.

2. Pengajaran dan Pembelajaran
Keupayaan menjalankan pengajaran dan pembelajaran

3. Pengurusan Kurikulum
Penglibatan dalam Panitia serta sumbangan kepakaran di dalam dan luar institusi.
Keupayaan mengurus rekod dan maklumat pencapaian pelajar dengan baik untuk diakses bagi tujuan tindakan susulan.

4. Peranan Dalam Aktiviti Bukan Akademik
Calon memperlihatkan pengetahuan dan kemahiran serta melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, hal ehwal pelajar dan tugas-tugas bukan mengajar yang lain.

5. Keperibadian
Keperibadian diukur berdasarkan cara pakaian, menepati masa, mesra, sopan, bertanggungjawab, berkeyakinan diri, amanah, kemahiran komunikasi yang baik dan sebagainya.

6. Pembangunan Diri
Sentiasa berusaha meningkatkan tahap profesionalisme melalui pembacaan ilmiah, penglibatan dalam majlis profesional seperti forum, seminar dan majlis-majlis ilmu lain.

Friday, 12 February 2010

Terapi Azan

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai suatu perkara baru saya dengar iaitu Terapi Azan. Maklumat ini diperolehi semasa berbual-bual dengan rakan yang menyaksikan program 'Halaqah' di TV9. Rupa-rupanya seruan Azan mempunyai kelebihan yang selama ini tidak disedari. Selalunya azan diperdengarkan apabila telah masuk waktu solat, menyambut kelahiran bayi, berlaku bencana alam dan juga kebakaran. Namun begitu azan juga baik untuk menenangkan bayi yang asyik menangis, menurunkan gelombang beta (stress, banyak berfikir dll) kepada gelombang yang lebih rendah iaitu tetha. Fakta ini diambil daripada Dr Azhar Sarip seorang ahli panel program Halaqah. Dikatakan suatu kawasan yang tidak pernah diperdengarkan azan, penduduk-penduduknya mungkin mudah stress dan tidak tenang - (Gelombang beta). Kesimpulannya hayatilah laungan azan dengan khusyuk insyaallah kita pasti akan mendapat manfaatnya dunia akhirat.

Thursday, 4 February 2010

Buku Langit Ilahi - Tuhan Tidak Pernah Lupakan Kita

Buku Langit Ilahi - Tuhan Tidak Pernah Lupakan Kita
Hari ini Cikgu ingin berkongsi mengenai sebuah buku yang saya pinjam dari anak saudara. Buku Langit Ilahi merupakan hasil tulisan Muhammad Hilal Asyraf yang berasal dari Ngeri Johor dan sedang menuntut di Univ. of Yarmouk, Jordan dalam bidang Usuluddin. Karangan beliau ini berkisar mengenai tarbiah diri agar menjadi panduan hidup kerana seperti yang kita semua tahu bahawa dalam hidup pelbagai asam garam, pahit manis dan adakalanya ia boleh mengugat iman seseorang.

Antara petikan dari buku tersebut ialah 10 sifat peribadi mukmin.
1. Akidah yang sejahtera
2. Ibadah Yang Sahih
3. Akhlak Yang Mantap
4. Luas Pengetahuan
5. Sihat Badan
6. Mampu Berdikasri
7. Melawan Nafsu
8. Sangat menjaga Masa
9. Tersusun Urusannya
10. Bermanfaat Kepada Orang Lain

Untuk lebih mengenali penulis, bolehlah anda melawati blog beliau http://www.langitilahi.com