RSS

Thursday 18 February 2010

Penilaian Guru Cemerlang

Ada banyak gelaran atau jawatan dalam profesion perguruan misalnya Guru EMIS, Guru Penyelaras Bestari, Guru Media dan Guru Cemerlang. Setiap jawatan tersebut mempunyai tugas-tugas yang tertentu dan mereka (kecuali guru cemerlang) dihadkan waktu mengajar antara 7 - 12 waktu seminggu. Kali ini saya ingin membincangkan mengenai guru cemerlang. Baru-baru ini (Pertengahan Januari) jawatan guru cemerlang dibuka untuk permohonan dan guru-guru yang memenuhi kriteria digalakkan untuk memohon. Persoalannya apakah ciri-ciri seorang guru cemerlang? Di bawah ini akan disenaraikan ciri-ciri tersebut sebagai panduan.

Skop Penilaian :
1. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
2. Penilaian Borang Permohonan
3. Penilaian oleh Panel Pemantau

Kopentasi Yang Dinilai
1. Ketrampilan Profesional
Keupayaan mengurus, mengguna dan memanfaat pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengkhususan atau mata pelajaran kepakaran serta prinsip pedagogi (behaviouris, kognitif, sosial dan humanis) untuk meningkatkan kualiti pencapaian pelajar.
Berpengetahuan dalam pendekatan atau strategi pengajaran seperti induktif dan deduktif serta peka terhadap dasar dan isu pendidikan semasa.

2. Pengajaran dan Pembelajaran
Keupayaan menjalankan pengajaran dan pembelajaran

3. Pengurusan Kurikulum
Penglibatan dalam Panitia serta sumbangan kepakaran di dalam dan luar institusi.
Keupayaan mengurus rekod dan maklumat pencapaian pelajar dengan baik untuk diakses bagi tujuan tindakan susulan.

4. Peranan Dalam Aktiviti Bukan Akademik
Calon memperlihatkan pengetahuan dan kemahiran serta melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, hal ehwal pelajar dan tugas-tugas bukan mengajar yang lain.

5. Keperibadian
Keperibadian diukur berdasarkan cara pakaian, menepati masa, mesra, sopan, bertanggungjawab, berkeyakinan diri, amanah, kemahiran komunikasi yang baik dan sebagainya.

6. Pembangunan Diri
Sentiasa berusaha meningkatkan tahap profesionalisme melalui pembacaan ilmiah, penglibatan dalam majlis profesional seperti forum, seminar dan majlis-majlis ilmu lain.

No comments:

Post a Comment