RSS

Thursday 17 December 2009

Pembuka Bicara

Blog ini mungkin sebagai wadah untuk aku meluahkan rasa, berkongsi cerita dan melatih diri untuk menulis. Menulis dan menjadi penulis menjadikan kita dapat mengutarakan pendapat atau pandangan kepada orang lain. Orang kata nak jadi penulis mestilah mempunyai banyak idea, mempunyai pandangan yang tajam, kreatif dan kritis serta inovatif. Memang tak dapat dinafikan kenyataan itu, namun kalau kita tak mencuba mana nak tau setakat mana kemampuan diri? Orang kata kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya! Rasa-rasanya setakat umur yang sudah melepasi suku abad ini, banyak perkara yang boleh dikongsi bersama. Banyak pengalaman asam garam kehidupan yang telah dilalui untuk 'survive' dalam dunia yang serba indah ini. Mungkin penulisan itu akan dapat memberikan manfaat kepada orang yang membacanya. Mmmm mungkin juga tidak! Orang menulis biasanya berdasarkan pengalaman, berdasarkan minat dan selalunya mengenai permasalahan yang selalu berlegar-legar dalam minda atau perjalanan hidup yang pernah dilalui... tapi untuk menulis, permulaannya memang agak susah, idea lambat datang! Untuk itu, banyak masa perlu diluangkan untuk meneruskan hobi baru ini...namun begitu aku akan cuba untuk menulis sebanyak mungkin..insyaallah