
Tuesday, 30 March 2010
EQ dan IQ - yang mana penting ?

Friday, 5 March 2010
Pengalaman Dipantau Oleh Pihak Jemaah Nazir....
- Buku rekod - lengkap dan guru memahami setiap apa yang dibuat dan dicatat umpamanya bagaimana konsep refleksi yang betul dan maklumat mengenai headcount.
- Buku-buku latihan pelajar - disemak dengan baik.
- Projek-projek yang telah dilaksanakan oleh pelajar.
- Semua sijil-sijil yang asal termasuk surat-surat berkaitan dengan penglibatan guru - seperti surat jemputan memberi ceramah, menghadiri seminar dll.
- Bahan-bahan sokongan P&P - modul, ABM, program-program yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar, aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dalam Panitia dll.
- Bukti-bukti sumbangan yang telah dibuat kepada sekolah dan peringkat daerah.
- Fail Panitia, Fail Persatuan yang dipegang.
- Kajian tindakan yang telah dibuat.
- Memantau proses P&P (dalam kelas).
Apa yang disebut di atas adalah merupakan sebahagian misteri yang dipegang oleh pihak Jemaah Nazir. Saya dapat merasakan betapa pihak Nazir sedaya upaya melaksanakan tugas mereka agar mereka dapat berlaku adil agar keputusannya nanti benar-benar berpihak kepada yang layak. Dalam masa yang sama, pihak nazir juga dengan penuh hikhmah cuba memberikan teguran dan panduan agar guru dapat memahami tahap kualiti kerja dan sikap seperti yang dikehendaki.
Apa yang perlu diingatkan ialah segala apa aktiviti, program, perlaksanaan, surat dll perlulah didokumentasikan agar mudah bagi pihak nazir dan mudah juga bagi pihak guru apabila dipantau. Terima kasih En Zakaria dan En. Selvarajoo yang telah datang memantau saya tempohari. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan!
Saturday, 27 February 2010
Pengajaran Berkesan
Pada asasnya, pengajaran berkesan bergantung pada:
- Kepakaran guru pada bahan pengajaran
- Keperluan bahan pengajaran - bahan-bahan yang digunakan untuk membantu melicinkan proses P&P dan meningkatkan kefahaman pelajar pada apa yang diajar oleh guru.
- Pedagogi, strategi dan kaedah pengajaran
- Kemahiran komunikasi
Faktor-faktor lain yang menyumbang ke arah pengajaran berkesan:
- Matlamat dan sasaran pengajaran guru setiap hari
- Matlamat dan sasaran pencapaian akademik sekolah
- Sikap guru dan sikap pentadbir sekolah
- Kemahiran guru dan kemahiran pentadbir sekolah
- Motivasi guru dan motivasi pentadbir sekolah
- Misi dan visi guru serta misi dan visi pentadbir sekolah
- Etika guru dan etika pentadbir sekolah
- Keadaan dan suasana persekitaran sekolah
- Kemahiran berkomunikasi guru dan pentadbir sekolah
- Pemikiran guru dan pemikiran pentadbir sekolah.
Thursday, 18 February 2010
SeDAAP?
Penilaian Guru Cemerlang
Skop Penilaian :
1. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
2. Penilaian Borang Permohonan
3. Penilaian oleh Panel Pemantau
Kopentasi Yang Dinilai
1. Ketrampilan Profesional
Keupayaan mengurus, mengguna dan memanfaat pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengkhususan atau mata pelajaran kepakaran serta prinsip pedagogi (behaviouris, kognitif, sosial dan humanis) untuk meningkatkan kualiti pencapaian pelajar.
Berpengetahuan dalam pendekatan atau strategi pengajaran seperti induktif dan deduktif serta peka terhadap dasar dan isu pendidikan semasa.
2. Pengajaran dan Pembelajaran
Keupayaan menjalankan pengajaran dan pembelajaran
3. Pengurusan Kurikulum
Penglibatan dalam Panitia serta sumbangan kepakaran di dalam dan luar institusi.
Keupayaan mengurus rekod dan maklumat pencapaian pelajar dengan baik untuk diakses bagi tujuan tindakan susulan.
4. Peranan Dalam Aktiviti Bukan Akademik
Calon memperlihatkan pengetahuan dan kemahiran serta melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, hal ehwal pelajar dan tugas-tugas bukan mengajar yang lain.
5. Keperibadian
Keperibadian diukur berdasarkan cara pakaian, menepati masa, mesra, sopan, bertanggungjawab, berkeyakinan diri, amanah, kemahiran komunikasi yang baik dan sebagainya.
6. Pembangunan Diri
Sentiasa berusaha meningkatkan tahap profesionalisme melalui pembacaan ilmiah, penglibatan dalam majlis profesional seperti forum, seminar dan majlis-majlis ilmu lain.
Friday, 12 February 2010
Terapi Azan
Thursday, 4 February 2010
Buku Langit Ilahi - Tuhan Tidak Pernah Lupakan Kita
Hari ini Cikgu ingin berkongsi mengenai sebuah buku yang saya pinjam dari anak saudara. Buku Langit Ilahi merupakan hasil tulisan Muhammad Hilal Asyraf yang berasal dari Ngeri Johor dan sedang menuntut di Univ. of Yarmouk, Jordan dalam bidang Usuluddin. Karangan beliau ini berkisar mengenai tarbiah diri agar menjadi panduan hidup kerana seperti yang kita semua tahu bahawa dalam hidup pelbagai asam garam, pahit manis dan adakalanya ia boleh mengugat iman seseorang.
Antara petikan dari buku tersebut ialah 10 sifat peribadi mukmin.
1. Akidah yang sejahtera
2. Ibadah Yang Sahih
3. Akhlak Yang Mantap
4. Luas Pengetahuan
5. Sihat Badan
6. Mampu Berdikasri
7. Melawan Nafsu
8. Sangat menjaga Masa
9. Tersusun Urusannya
10. Bermanfaat Kepada Orang Lain
Untuk lebih mengenali penulis, bolehlah anda melawati blog beliau http://www.langitilahi.com
