Tuesday, 30 March 2010
EQ dan IQ - yang mana penting ?
Friday, 5 March 2010
Pengalaman Dipantau Oleh Pihak Jemaah Nazir....
- Buku rekod - lengkap dan guru memahami setiap apa yang dibuat dan dicatat umpamanya bagaimana konsep refleksi yang betul dan maklumat mengenai headcount.
- Buku-buku latihan pelajar - disemak dengan baik.
- Projek-projek yang telah dilaksanakan oleh pelajar.
- Semua sijil-sijil yang asal termasuk surat-surat berkaitan dengan penglibatan guru - seperti surat jemputan memberi ceramah, menghadiri seminar dll.
- Bahan-bahan sokongan P&P - modul, ABM, program-program yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar, aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dalam Panitia dll.
- Bukti-bukti sumbangan yang telah dibuat kepada sekolah dan peringkat daerah.
- Fail Panitia, Fail Persatuan yang dipegang.
- Kajian tindakan yang telah dibuat.
- Memantau proses P&P (dalam kelas).
Apa yang disebut di atas adalah merupakan sebahagian misteri yang dipegang oleh pihak Jemaah Nazir. Saya dapat merasakan betapa pihak Nazir sedaya upaya melaksanakan tugas mereka agar mereka dapat berlaku adil agar keputusannya nanti benar-benar berpihak kepada yang layak. Dalam masa yang sama, pihak nazir juga dengan penuh hikhmah cuba memberikan teguran dan panduan agar guru dapat memahami tahap kualiti kerja dan sikap seperti yang dikehendaki.
Apa yang perlu diingatkan ialah segala apa aktiviti, program, perlaksanaan, surat dll perlulah didokumentasikan agar mudah bagi pihak nazir dan mudah juga bagi pihak guru apabila dipantau. Terima kasih En Zakaria dan En. Selvarajoo yang telah datang memantau saya tempohari. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan!